Muqaddimah

Banyak kaedah melakukan sihir yang boleh dilakukan oleh seseorang. Kaedah-kaedah yang dilakukan berbeza menurut pembelajaran yang dilalui. Kesemuanya ini berlaku hasil adanya penglibatan iblis dan syaitan. Tanpanya manusia tidak berupaya mengamalkan sihir.

Sihir boleh menyebabkan berlakunya pelbagai masalah ke atas mangsanya yang boleh menyebabkan seseorang itu sakit menderita berpanjangan, kehilangan akal dan mungkin akan membawa maut. Diantara jenis sihir yang popular dikalangan orang Melayu kita ialah seperti tuju-tuju , ilmu pengasih dan lain-lain.. Blog ini akan mengupas segala macam jenis-jenis sihir tersebut,

untuk itu teruskan membaca blog ini….

Monday, May 25, 2009

Ilmu Pengasih

Ilmu Pengasih

Ilmu pengasih diperbuat dengan menggunakan minyak dagu yang diambil daripada mayat yang telah mati dibunuh dengan cara membakar dagu mayat dan menadah darahnya ke dalam botol dan dipujanya supaya boleh jatuh kasih sayang kepada orang-orang tertentu apabila ia terkena pukau atau ilmu pengasih

Rasa kasih, rindu dan khayalan akibat ilmu pengasih bukan lahir daripada kehendak atau kawalan diri. Apa yang dilakukan akibat daripada kekuatan ilmu pukau yang melibatkan jin-jin. Tidak semua orang yang terkena ilmu pengasih itu hilang ingatan ataupun keupayaan penguasaan diri sepenuhnya. Penguasaan diri oleh kerana dorongan ataupun kuasa luaran lebih kuat, mengatasi kekuatan kesedaran yang masih dimiliki itu.

Seorang bomoh telah menyatakan kepada saya bahawa diantara ungkapan jampi yang dituturkan untuk memuja seorang perempuan supaya jatuh cinta, jampi berikut dibaca pada bedak yang hendak dipakai. Disini tidak diperturunkan mentera-mentera tersebut. Selepas tamat membaca tiup bedak tadi, kemuadian baru sapu ke muka. Sekiranya orang yang memakai itu merasa gatal-gatal dimuka, terasa seperti ada semut merayap dipipi, ini menunjukkan ilmu yang diamalkan itu menjadi.

Perempuan yang berkenaan mula jatuh sayang padanya. Ia merasakan seolah-olah hatinya sedang dipanggil-panggil. Ungkapan jampi ini hanya merupakan sebahagian daripada rangkaian jampi yang perlu dibaca. Ketika bertemu dengan perempuan berkenaan, tenung tepat pada mukanya dan baca, samada dalam hati atau dengan lidah. Ungkapan jampi berikut tidak diperturunkan disini kerana penulis bimbang kalau ada yang menyalahguna.

Kemudian tenung pada muka dan dalam hatinya. Dengan demikian perempuan berkenan atau tunduk. Kalau matanya merenung kembali, baca lagi jampi hingga ia tunduk melihat tanah atau kearah lain. Kemudian barulah hembus kepada gadis berkenaan dalam keadaan ia tidak sedar. Jampi-jampi dan ilmu pengasih yang dijelaskan di atas ini hanya merupakan contoh semata-mata. Jangan diguna dan diamalkan. Perlu dijelaskan bahawa, sebahagian daripada kandungannya tidak mudah difahami, mengelirukan dan boleh melahirkan pelbagai tafsiran yang sebahagian daripadanya bertentangan dengan ajaran Islam. Untuk pengetahuan pembaca jampi-jampi seperti ini masih banyak digunakan oleh mereka yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional.

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

benar.....kerna ilmu pengasih dahulu banyak bahaya

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates