Ilmu Pengasih
Ilmu pengasih diperbuat dengan menggunakan minyak dagu yang diambil daripada mayat yang telah mati dibunuh dengan cara membakar dagu mayat dan menadah darahnya ke dalam botol dan dipujanya supaya boleh jatuh kasih sayang kepada orang-orang tertentu apabila ia terkena pukau atau ilmu pengasih
Rasa kasih, rindu dan khayalan akibat ilmu pengasih bukan lahir daripada kehendak atau kawalan diri. Apa yang dilakukan akibat daripada kekuatan ilmu pukau yang melibatkan jin-jin. Tidak semua orang yang terkena ilmu pengasih itu hilang ingatan ataupun keupayaan penguasaan diri sepenuhnya. Penguasaan diri oleh kerana dorongan ataupun kuasa luaran lebih kuat, mengatasi kekuatan kesedaran yang masih dimiliki itu.
Seorang bomoh telah menyatakan kepada saya bahawa diantara ungkapan jampi yang dituturkan untuk memuja seorang perempuan supaya jatuh cinta, jampi berikut dibaca pada bedak yang hendak dipakai. Disini tidak diperturunkan mentera-mentera tersebut. Selepas tamat membaca tiup bedak tadi, kemuadian baru sapu ke muka. Sekiranya orang yang memakai itu merasa gatal-gatal dimuka, terasa seperti ada semut merayap dipipi, ini menunjukkan ilmu yang diamalkan itu menjadi.
Perempuan yang berkenaan mula jatuh sayang padanya. Ia merasakan seolah-olah hatinya sedang dipanggil-panggil. Ungkapan jampi ini hanya merupakan sebahagian daripada rangkaian jampi yang perlu dibaca. Ketika bertemu dengan perempuan berkenaan, tenung tepat pada mukanya dan baca, samada dalam hati atau dengan lidah. Ungkapan jampi berikut tidak diperturunkan disini kerana penulis bimbang kalau ada yang menyalahguna.
Kemudian tenung pada muka dan dalam hatinya. Dengan demikian perempuan berkenan atau tunduk. Kalau matanya merenung kembali, baca lagi jampi hingga ia tunduk melihat tanah atau kearah lain. Kemudian barulah hembus kepada gadis berkenaan dalam keadaan ia tidak sedar. Jampi-jampi dan ilmu pengasih yang dijelaskan di atas ini hanya merupakan contoh semata-mata. Jangan diguna dan diamalkan. Perlu dijelaskan bahawa, sebahagian daripada kandungannya tidak mudah difahami, mengelirukan dan boleh melahirkan pelbagai tafsiran yang sebahagian daripadanya bertentangan dengan ajaran Islam. Untuk pengetahuan pembaca jampi-jampi seperti ini masih banyak digunakan oleh mereka yang melibatkan diri dengan rawatan tradisional.