Muqaddimah

Banyak kaedah melakukan sihir yang boleh dilakukan oleh seseorang. Kaedah-kaedah yang dilakukan berbeza menurut pembelajaran yang dilalui. Kesemuanya ini berlaku hasil adanya penglibatan iblis dan syaitan. Tanpanya manusia tidak berupaya mengamalkan sihir.

Sihir boleh menyebabkan berlakunya pelbagai masalah ke atas mangsanya yang boleh menyebabkan seseorang itu sakit menderita berpanjangan, kehilangan akal dan mungkin akan membawa maut. Diantara jenis sihir yang popular dikalangan orang Melayu kita ialah seperti tuju-tuju , ilmu pengasih dan lain-lain.. Blog ini akan mengupas segala macam jenis-jenis sihir tersebut,

untuk itu teruskan membaca blog ini….

Monday, May 25, 2009

Tuju-tuju

Tuju-tuju

Istilah tuju-tuju ini berasal daripada perkataan tuju yang bermaksud bahawa bahan-bahan tertentu yang telah dipuja ataupun diseru itu ditujukan kepada orang-orang (mangsa) tertentu untuk tujuan membinasakannya. Pada kebiasaannya ia dilakukan untuk tujuan membunuh dengan perantaraan jin dan iblis. Tuju-tuju ialah salah satu cabang amalan sihir yang tidak boleh dilakukan semata-mata bergantung kepada kata-kata pemujaan atau jampi mentera tanpa penglibatan jin-jin.

Bahan-bahan utama tuju-tuju ialah darah orang mati dibunuh. Orang yang berkenaan mestilah beragama Islam. Adalah paling baik sekiranya individu berkenaan mati secara teraniaya, yang didahului oleh persengketaan, permusuhan oleh kedua belah pihak. Darah orang bukan Islam tidak boleh digunakan.

Setelah darah diperolehi dan dipastikan benar, darah tadi dimasukkan ke dalam botol dan ditapakan sekaki dalam tanah. Pada kebiasaannya ia ditanam dalam gua jauh dari rumah. Ketika menanam nama jin diseru untuk menunggu darah. Pada kebiasaannya jin yang diseru adalah jin liar yang dijadikan sahabat. Sajian diberikan kepada jin berkenaan. Antara bahan-bahan yang disajikan ialah

  1. Dua ekor ayam yang disembelih bertemu kepala. Seekor ayam kakinya diletakkan sebelah kanan dan seekor lagi disebelah kiri. Dengan demikian ayam ini akan berada dalam keadaan bertemu kepala, lalu disembelih.
  1. Telur ayam tujuh biji. Tiga biji masak empat biji mentah.
  1. Beras tujuh warna.
  1. Rokok daun tujuh batang.
  1. Daun sirih tujuh helai.

Setelah sempurna ditapakan tiga batang jarum diikat dengan benang putih, telur diletakkan di atas tapak tangan kiri berserta dengan darah yang dihalakan ke arah tempat tinggal orang yang hendak dituju. Kemudian nama orang yang hendak dituju itu disebut dengan jelas, dengan menyebutkan nama bapanya sekali, nama datuk juga neneknya. Setelah itu bahan yang ada di tapak tangan tadi dihembuskan. Jin akan menerbangkan bahan tadi menuju mangsanya. Semakin banyak darah digunakan semakin laju lah jin itu pergi.

Tuju-tuju hanya dilepaskan pada waktu malam iaitu selepas jam 11 malam. Tuju-tuju akan terbang mendatar dan lebih rendah di langit setinggi pokok kelapa sambil mengeluarkan cahaya berwarna-warni menerangi kawasan sekitar. Tuju-tuju lebih mudah mengena mangsanya pada malam hari, terutamanya ketika mangsa sedang tidur dan tidak mempunyai pendinding diri. Pada masa itu roh tidur yang dimiliki oleh orang berkenaan keluar dari badan, manakala akalnya pula tidak berfungsi. Di sini saya tidak memperturunkan mentera-mentera berkaitan dengan tuju-tuju adalah dikhuatiri dan membimbangkan kepada pembaca mengamalkannya kerana amalan dan perbuatan ini menyalahi pada syarak dan boleh jatuh syirik.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates